10 September 2021

PADAM FOTO LAMA - ISTERI TAJUL RASA TENANG SEJAK BERTUDUNG



"Mula-mula rasa kekok, tapi lama-lama Alhamdulillah... tak pernah rasa perasaan tenang macam ini. Akhirnya Ica dah dapat apa yang Ica cari selama ini. Ramai yang bagi semangat dan ada juga yang bagi kecaman-kecaman yang hebat.

"Tak apa, Ica anggap saja ujian nak berubah jadi lebih baik," demikianlah kata isteri kepada penyanyi Tajul Ariff, Nurul Shamieza Eddie mengenai penampilan terkininya yang tampil bertudung sehingga menarik perhatian netizen di laman sosial.

Mengakui berasa kekok pada mulanya, Nurul Shamieza atau lebih mesra disapa sebagai Ica bersyukur kerana sudah mendapat ketenangan yang dicari selama ini.

Biarpun menerima banyak pujian dan sokongan, namun wanita berusia 25 tahun ini juga tidak terlepas daripada kecaman daripada netizen.

Klik untuk gambar besar



Nurul Shamieza turut berkongsi foto dia memakai baju kurung dan bertudung di laman Instagram. Rata-rata netizen juga memuji Nurul Shamieza yang kelihatan lebih cantik selepas bertudung.

Isteri Tajul mula mengenakan hijab sejak Ogos lalu selepas melahirkan cahaya mata kedua. Malah, dia juga mengambil langkah memadam foto serta video lama yang tidak menutup aurat selepas penghijrahan tersebut.

Dalam pada itu, Nurul Shamieza turut berharap agar dirinya terus istiqamah selain mengharapkan doa daripada semua orang: "Perlahan-perlahan tetapi pasti. Doakan Ica ok!" ujar isteri Tajul.

Untuk makluman, Tajul mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shamieza tiga tahun lalu dan dikurniakan dua zuriat iaitu Adriana Carisa dan Adrian Rifqy.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: