08 September 2021

AISAR KHALED BERSYUKUR IBU SEMBUH DARIPADA WABAK



"Ya Allah terharu sangat hari ni dapat happykan mama. Mama baru lepas pulang daripada maeps serdang dan bebas daripada Covid-19. Terima kasih ya Allah. Kau memberi Peluang untukku menjaga ibuku @mama_aisar," tulis pelakon dan personaliti media sosial, Aisar Khaled yang meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT kerana telah memberikan kesembuhan buat ibunya daripada wabak Covid-19.

Menurut Aisar, ibu yang terpaksa menjalani tempoh kuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) kini telah pun dibenarkan pulang ke pangkuan keluarga. Katanya lagi, dia turut menyifatkan kesempatan tersebut sebagai peluang baginya untuk terus berbakti buat ibunya itu.

Kisah tersebut dikongsikan oleh pemilik akaun Youtube, Aisar Khaleed Channel itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram. Video berdurasi hampir satu minit itu turut memaparkan kejutan yang dibuat oleh Aisar bagi menyambut kepulangan ibunya itu.

Dikesempatan itu juga, Aisar turut menyeru kepada semua pihak untuk sentiasa menghargai kedua orang tua selagi diberikan kesempatan.

Klik untuk gambar besar



"Seorang ibu tak mengira berapa nilai yang kita beri mereka cuma ingin anaknya hargai dan berada di sisinya. Hargailah mereka selagi ada berilah pakaian, makanan dan semuanya terbaik untuknya. Moga kita sama-sama ke syurga Ameen," jelasnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa gembira selain turut mendoakan agar ibu Aisar segera diberikan kesembuhan seperti sedia kala.

"Anak-anak syurga Allah sayang. - "Aku pula yang menitiskan air mata. Wow, Aisar, good job. - "Gembirkanlah ibu bapa beforw it's too late. - "Seronok tengok. Semoga Aisar, mama dan semuanya terus kuat. Amin," antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.















         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: