08 September 2021

AISHAH MIMPI DIKELILINGI ANAK-ANAK KUCING, INGAT SUDAH TIBA MASANYA



"Teringat masa mula-mula keadaan oksigen tak berapa bagus masa itu, memang saya ingat waktu itu sudah sampai masa saya. Malah, saya bermimpi dikelilingi oleh anak-anak kucing yang dulu pernah saya beri makan," demikian kata penyanyi, Aishah Ariffin yang hanya memikirkan soal kematian sahaja saat dirinya berada dalam keadaan yang getir apabila tahap oksigennya semakin menurun.

Menurut Aishah atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin, pengalaman tersebut banyak memberi kesan terhadap dirinya namun turut berasa syukur kerana masih dipanjangkan umur serta memaklumkan tahap kesihatannya kini sudah beransur pulih meskipun masih perlu dirawat di hospital.

Dalam pada itu, Aishah turut mengucapkan terima kasih kepada teman-teman serta individu yang tidak dikenali secara peribadi yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan dirinya.

Klik untuk gambar besar



"Tak putus air mata ni bila diberitahu doa yang datang dari bukan saja family di merata tempat mendoakan saat-saat getir... family di KL, di kampung Bt Kikir, teman-teman, peminat, kawan-kawan sekolah, alumni New Zealand. Ramai yang I kenal ramai juga yang tak I kenali secara peribadi. Cukup terharu Allah SWT saja yang dapat membalas jasa semua," tuturnya.

Terdahulu, penyanyi lagu 'Janji Manismu' ini disahkan positif COVID-19 dan telah dikejarkan ke hospital setelah paras oksigennya menurun kepada 92 peratus.




















         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: