08 September 2021

YAMANI ABDILLAH TERUJA BAKAL DAPAT ADIK BARU, MAHU JANTINA LELAKI



"Seronok bila dapat tahu nak dapat adik lagi... Alhamdulillah! masa awal-awal tu saya pun tak tahu, selalu mesej bapa tanya khabar sahaja. Rupa-rupanya ada surprise, tak lama lagi bakal dapat adik kelima," ujar anak sulung penyanyi veteran, Datuk Jamal Abdillah iaitu penyanyi Yamani Abdillah yang memberitahu dia tidak sabar menanti kelahiran adik kelima yang masih dalam kandungan itu.

Kata Yamani atau nama sebenar Osama Yamani Abdillah, 20, dia sendiri terkejut apabila mengetahui mengenai berita kehamilan yang dikongsi bapanya itu. Selain Yamani, ramai peminat yang meluahkan teruja apabila Jamal berkongsikan khabar berita gembira tentang kehamilan isterinya, Datin Zai Izzati, baru-baru ini. Zai difahamkan kini sedang hamil 12 minggu.

Dalam pada itu, bekas peserta Big Stage musim ketiga itu turut berharap agar adik yang bakal dilahirkan itu nanti merupakan jantina seorang lelaki kerana berharap dapat melakukan band bersama.

Klik untuk gambar besar



"Teruja bila mengetahui berita itu. Saya harap yang kelima ni biar lelaki lagi la... sebab senang sikit nak jaga nanti! Mungkin dah cukup lima beradik lepas ini kami boleh buat band pula. Apa-apa pun saya doakan semoga ibu tiri dan bayi dalam kandungan sihat sehingga hari kelahiran," katanya.

Untuk makluman, Yamani merupakan anak sulung kepada Jamal hasil perkahwinan dengan Noraina Mohd Yusof, manakala anak kedua iaitu Zaki Yamani merupakan hasil perkahwinan yang ketiga.

Jamal, 62, kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Zai Izzati, 27, pada 6 April 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata, Nur Azura Yamani, 22 bulan, dan El Issac Yamani atau Zack berusia sembilan bulan.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: