20 September 2021

"AKU PILIH HUJAN EMAS SEBAB DAH LAMA TAK DAPAT SHOPPING MACAM NI..." - LANA NODIN



"MMDG&W Tampa premium outlets.... org kata hujan emas negeri org hujan batu negeri sendiri, tapi maaf ya quote korang bagi ni...buat masa skrg ni, aku pilih hujan emas sebab dah lama tak dpt shopping macam ni... TAK DE DISKRIMINASI, dan FREEDOM OF CHOICE TU YG PENTING! #nodiscrimination #stopdiscrimination #mybodymychoice #noscan #freedomofchoice #malaysiaboleh #wakeupmalaysian," itulah tulis pelakon Lana Nodin menerusi muat naik di laman Instagram.

Umum mengetahui, minggu lalu Lana berkongsikan mereka sekeluarga sudah selamat tiba di Amerika Syarikat. Terbaru, menerusi satu perkongsian Lana mengakui dia lebih selesa berada di negara di kelahiran suaminya itu apatah lagi mempunyai kebebasan serta tiada diskiriminasi.

Dalam entri tersebut, Lana turut berkongsi video dimana dilihat lebih bebas membeli belah tanpa sebarang sekatan. Ujarnya lagi, di sana mereka diberi pilihan untuk memakai pelitup muka ataupun tidak. Perkongsian Lana itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen apabila luar negara sangat berbeza dengan Malaysia serta tiada diskriminasi.

Terdahulu, Lana menafikan dirinya anti vaksin namun menuggu vaksin yang dihasilkan betul-betul selamat untuk digunakan kerana ia masih dalam proses ujian klinikal. Lana berkata, dia akan mengambil vaksin di AS bersama suami. Ujarnya, dia ada hak sebagai rakyat Malaysia dan tiada siapa boleh memaksanya.

Klik untuk gambar besar






































         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: