20 September 2021

"ANAK DAH 6 SAYA MASIH TAHU JAGA DIRI" - OZLYNN NAFI BERBASIKAL KETIKA BERPANTANG



"Sangat perihatin rakyat Malaysia. Di video basikal tu pun dah ada ayat 'baru semalam kayuh, tahu-tahu dah setahun'. Bermaksud video tu dah setahun. Maksud tempoh ayah 'sebulan' tu, dalam tempoh belajar kayuh tak sampai sebulan, dah mendaki bukit tinggi-tinggi.

"Saya ni baru je pantang 18 hari tak sampai sebulan lagi. Nak kayuh apanya. Dengan kepala berpilis, perut berbarut 20 meter panjang dan ada ketika masih berkain batik. Mana mahunya kayuh.

"InsyaAllah sekalipun anak dah masuk enam, saya masih tahu menjaga diri. Anyway, terima kasih pada yang mengambil berat dan pada yang tak tahu situasi, belajar husnuzon ye," demikianlah perjelasan pelakon Ozlynn Wati mengenai video yang memaparkan aktiviti berbasikalnya yang dikongsikan di ruangan Instagram stories.

Klik untuk gambar besar



Video berkenaan difahamkan telah mencetuskan spekulasi oleh segelintir wargamaya yang mendakwa Ozlynn melakukan aktiviti tersebut ketika masih di dalam tempoh berpantang.

Dek kerana itu, isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Johan itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram, menjelaskan perkongsian tersebut sebenarnya merupakan video lama yang dirakam kira-kira setahun yang lalu.

Menurutnya, aktiviti kayuhan yang dijalankan di lokasi popular, Genting Sempah itu merupakan antara pencapaian yang paling membanggakan buat dirinya memandangkan pada ketika itu, dia baru sahaja belajar untuk berbasikal secara serius tidak sampai satu bulan.



Kata pelakon drama 'Bukan Gadis Biasa' itu lagi, meskipun dia kini sudah mempunyai enam orang cahaya mata, namun, dia tetap amat menitik beratkan mengenai soal berpantang dan penjagaan badan.

Dikesempatan itu juga, Ozlyn turut berharap agar orang ramai tidak lagi membuat sebarang spekulasi dan sebaiknya bertanyalah dahulu sekiranya terdapat sebarang kekeliruan.

Untuk makluman, Ozlyn yang mendirikan rumah tangga dengan Johan pada tanggal 25 Julai 2009 itu baru sahaja selamat menimang cahaya mata keenam pada tanggal 3 September lalu. Hasil perkongsian hidup tersebut, psangan ini telah dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq dan Moleq.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: