20 September 2021

LOLOS GUNA GERABAK KERETAPI - KTMB JALANKAN SIASATAN DALAMAN BEHUBUNG TINDAKAN SAJAT



Usahawan kosmetik, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 36, dikatakan telah meloloskan diri ke Thailand menggunakan gerabak keretapi di Padang Besar, Perlis.

Maka dari itu, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menjalankan siasatan dalaman mengenai tindakan Sajat. KTMB dalam kenyataannya memaklumkan, fasiliti dan terminal kargo KTMB dikawal ketat oleh pihak berkuasa seperti Polis Bantuan serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

"Kontena kargo yang dibawa ke Thailand adalah milik syarikat perkapalan yang disewa oleh pelanggan KTMB di Malaysia dan Thailand. KTMB tidak bertanggungjawab di atas kandungan kontena berkenaan sama ada kontena kosong atau bermuatan," kata kenyataan itu, hari ini.

Klik untuk gambar besar



Menurutnya, setiap tren kargo yang membuat perjalanan merentasi sempadan antarabangsa perlu melepasi pemeriksaan yang diteliti oleh pihak berkuasa kedua-dua negara sempadan. Katanya, proses itu membabitkan pemeriksaan dokumentasi dan fizikal ke atas gerabak serta barangan. Justeru, KTMB akan menjalankan siasatan dalaman mengenai perkara itu.

Terdahulu, seorang lelaki dilaporkan berjaya menyeludup keluar Sajat menggunakan gerabak keretapi di Padang Besar Perlis, sebelum diserahkan kepada lelaki lain sebaik mereka tiba di Hat Yai, Thailand. Sajat kemudian dibawa lelaki kedua itu ke Bangkok dan menjadikan sebuah kondominium mewah di kota raya itu sebagai pusat persembunyian sehinggalah dia ditahan.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: