12 September 2021

AL- FATIHAH - VOKALIS SAMUDERA DIJEMPUT ILAHI SELEPAS 36 JAM DITIDURKAN



Vokalis Samudera iaitu Norazmi Mohd Abdullah dilaporkan meninggal dunia pada malam Sabtu, selepas 36 jam ditiarap dan ditidurkan akibat Covid-19.

Ketua kumpulan Samudera, Mohd Azhar Ropei memberitahu Norazmi atau mesra disapa Aimi, 48, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sungai Buloh kira-kira pukul 10.12 malam.

"Arwah Aimi masuk hospital sebab Covid-19, sebelum dimasukkan ke hospital dia kuarantin di Maeps, Serdang Rabu lepas. Dalam beberapa hari je di Maeps dia kena transfer ke Hospital Sungai Buloh sebab alami gejala sesak nafas.

"Masa di hospital dia dah kritikal, doktor tidurkan dan ditiarapkan dalam masa 16 jam masih tak ada perubahan... selang sehari doktor tiarapkan lagi 20 jam. Saya dapat panggilan daripada ibu arwah yang memaklumkan Aimi sudah meninggal dunia pada jam 10.12 malam," katanya.

Klik untuk gambar besar



Allahyarham Norazmi adalah vokalis kumpulan Samudera menggantikan penyanyi asal, Sarfen Husin atau Ujang yang meninggal dunia, empat tahun lalu.

Ujar Azhar, arwah sempat meluahkan hasratnya untuk merakamkan single terbaharu mereka selepas dia sembuh daripada jangkitan wabak maut itu.

"Sebelum masuk Maeps, Aimi sempat nyanyikan lagu single dan berhasrat nak jayakan lagu tu. Dia minta naikkan tempo sikit, tapi nak buat macam mana dah ketentuan Allah. Kita terpaksa hentikan dahulu projek...kami reda," ujarnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: