12 September 2021

ZAYAN MENGUMUMKAN JUARA PERTANDINGAN 'ZAYAN NASYID STAR'



‘ZAYAN Nasyid Star’, pertandingan yang membuka peluang dan mengetengahkan bakat-bakat baharu dalam industri muzik nasyid tempatan, mengumumkan juara keseluruhan pertandingan, menerusi penyertaan yang dijalankan dari 16 hingga 27 Ogos, di laman Facebook dan Instagram ZAYAN.

Setelah menjalani cabaran dan tugasan, kumpulan ‘Trio Syahmura’ yang diwakili Mohd Afizandin bin Ag Tuah (31 tahun), Mohd Hanafi bin Jaffarsat (28 tahun), dan Muhammad Syuaib bin Sangkrah (34 tahun) yang berasal dari Sipitang, Sabah, dinobatkan juara keseluruhan dengan membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM2,000 dan berpeluang untuk merakam lagu nasyid baharu dibawah label Rocketfuel.

Sesi penjurian akhir ‘ZAYAN Nasyid Star’ dijalankan pada 9 September lalu menampilkan juri-juri profesional seperti Mawi (personaliti ZAYAN), Dakmie (penyanyi tempatan) dan Hudzaifei Hazmi (Ketua Label dan Penerbitan Rocketfuel), menerusi sesi penilaian di Facebook Live ZAYAN.

Para peminat boleh menikmati video nyanyian nasyid dari kumpulan ‘Trio Syahmura’ di laman Facebook dan Instagram ZAYAN.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: