11 September 2021

BAPA ALMY NADIA PULA DISAHKAN POSITIF - ADIK DIJANGKITI VARIAN DELTA



"Perkembangan terkini, abah pula positif dan semua sudah follow up di CAC Pulau Pinang. Semua boleh kuarantin di rumah kecuali adik perempuan no 2.

"Kena pergi pusat kuarantin sebab dia punya virus adalah delta. Sekarang di rumah mak hanya tinggal adik lelaki bongsu yang sudah negatif dan pernah positif empat bulan lalu," kata pelakon Datin Almy Nadia menerusi muat naik di laman Instagram.

Almy berkongsi perkembangan terbaharu tersebut menerusi muat naik di laman Instagram. Dalam hantaran tersebut, Almy memaklumkan bapanya turut dijangkiti virus Covid-19 selepas ahli keluarga lain disahkan positif sebelum ini.

Isteri kepada pelakon Datuk Fizz Fairuz itu berkata, bapa dan seluruh ahli keluarga kini menjalani kuarantin di rumah kecuali adik perempuannya yang terpaksa dihantar CAC kerana dijangkiti varian delta.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Almy memohon orang ramai agar terus mendoakan ahli keluarganya di Pulau Pinang: "Semoga family dekat Penang cepat sembuh, di beri kekuatan untuk family. Terima kasih kepada yang banyak membantu, terima kasih semua. Terima kasih jugak pada yang mendoakan family kami," ujarnya lagi.

Dua hari lalu, Almy berkongsi mengenai lapan ahli keluarga termasuk ibu di Balik Pulau, Pulau Pinang, disahkan positif Covid-19. Dalam hantaran itu, Almy memohon maaf kepada ibunya kerana tidak mampu berbuat apa-apa kerana berjauhan.

Kata Almy, Ahli keluarga yang disahkan positif adalah ibu, adik perempuan dan suaminya serta empat anak mereka. Turut dijangkiti virus berkenaan adalah anak angkat Almy berusia 12 tahun yang dipelihara ibu.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: