11 September 2021

ZUL ARIFFIN KATA BYE-BYE ABPBH - PEMINAT SYAK ADA KAITAN DENGAN HIJRAH



"Kepada semua peminat yang sentiasa menyokong kerjaya saya, Alhamdulillah di sini saya nak beritahu dan umumkan yang saya dah tarik diri daripada semua pencalonan ABPBH 34.

"Dan saya dah huhungi pihak BH," itulah kata pelakon Zul Ariffin yang mengumumkan penarikan diri daripada semua pencalonan Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 ABPBH34 yang dijangka berlangsung pada 13 November depan.

Bagaimanapun kata Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 35, keputusan itu tiada kaitan dengan perubahannya dalam mendekatkan diri kepada agama.

"Jangan risau, saya tidak akan bersara daripada berlakon atau berhijrah atau apa-apa. Buat masa ini hanya perlahan-lahan ingin menjadi yang terbaik daripada sebelum ni. Saya bersiap sedia dan memanaskan enjin. Banyak lagi yang akan datang," katanya.

Zul berkongsi hasratnya itu menerusi posting di Instastory. Baru-baru ini Zul menarik perhatian apabila dilihat kerap bertemu dengan personaliti dakwah, Ebit Lew. Buat masa ini hanya perlahan-lahan ingin menjadi yang terbaik daripada sebelum ni.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, pengurus Zul iaitu Afdal Shahizad berkata aktor berkenaan mahu fokus dan kembali aktif dalam bidang seni.

"Zul ada maklumkan tahun ni akan fokus pada kerja-kerja yang tertangguh dahulu dan mahu ruang dan masa untuk kembali dengan filem dan drama baharu setelah lama berehat kerana PKP," jelasnya.

Untuk makluman, nama pelakon Zul Ariffin tercalon dalam dua pencalonan iaitu kategori Gandingan Serasi Drama Popular dan Pelakon TV Lelaki Popular Xiaomi.

Malam kemuncak ABPBH 34 dijadual disiarkan secara langsung di TV3 pada 13 November depan dan dilakukan secara virtual dengan pematuhan ketat SOP ditetapkan MKN dan KKM.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: