13 September 2021

ALIFF SYUKRI & ISTERI BERLAKON BABAK PERANG DI PALESTIN TERIMA KECAMAN



Baru-baru ini, usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri bersama isterinya, Datin Seri Shahida telah melakonkan semula babak keadaan genting di wilayah bergolak, Palestin.

Dalam video tersebut yang dimuat naik di laman Instagram, pasangan suami isteri ini sedang beraksi seolah-olah diserang pengganas zionis dan cuba menyelamatkan diri berlatar-belakangkan bunyi senapang.

"Inilah keadaan di Palestin..inilah hero penyelamat negara," tulis Aliff Syukri ringkas.

Klik untuk gambar besar



Bagaimanapun, aksi pasangan ini telah mencetuskan kontroversi apabila berjaya menuai pelbagai kritikan daripada netizen yang mengatakan tindakan tersebut dianggap tidak sensitif dan tidak wajar dilakukan.

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna media sosial tampil memberi komen dan menggesa agar Aliff Syukri lebih cakna dengan apa yang terjadi di sana dan tidak menganggap perkara tersebut sebagai sesuatu yang lawak.

Terdahulu, Aliff juga mencipta kontroversi di mana dia muncul dengan video pendek memegang dan memeluk wanita dalam mempromosikan tudung keluarannya, AS Hijab.













KLIK VIDEO DIBAWAH UNTUK TONTON


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: