13 September 2021

SHUIB: "HARI PERTAMA MELIHAT & MENYENTUH AYASH"



"Alhamdulillah di hari kelahiran Allah hadiahkan berita gembira. Esok (hari ini) dah boleh ke hospital tengok Ayash. Esok (hari ini) juga akan jadi hari pertama melihat dan menyentuh Ayash," itulah tulis pelawak Shuib Sepahtu apabila dia bakal bertemu anak bongsunya, Ayash Affan buat pertama kali setelah lebih sebulan menanti penuh sabar.

Menerusi entri yang dikongsikan di Insta Story, Shuib meluahkan rasa syukur apabila dibenarkan untuk bertemu dengan anak keempatnya itu di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini.

Lebih menariknya, Shuib menerima perkhabaran itu pada hari ulang tahun kelahirannya ke-37 semalam. Bagaimanapun, Shuib tidak berkongsikan lebih lanjut sama ada Ayash dibenarkan pulang hari ini ataupun sebaliknya.

Terdahulu, Shuib berkongsikan Ayash sudah dikeluarkan dari inkubator dan sudah menunjukkan perkembangan yang sangat baik serta sudah mula minum susu ibu daripada sepupunya.

Klik untuk gambar besar



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: