25 September 2021

ALMY NADIA AKUI TERTEKAN, SEDIH SUAMI SAKIT MISTERI LEPAS SHOOTING



Pelakon Datin Almy Nadia baru-baru ini menerusi muat naik di laman Instagram telah meluahkan rasa sedih apabila suaminya, Dato Fizz Fairuz diserang sakit misteri selepas balik dari penggambaran sebuah cerita seram.

Dalam perkongsian tersebut, Almy berkata, suaminya berubah apabila dilihat sering termenung, kurus kering kerana tidak makan dan tidak minum selama dua minggu.

"Memamg pasal kau, laki aku kurus kering sakit tau.. balik dari shooting cerita ni la, suami kami di landa sakit misteri sampai tak makan tak minum 2 minggu. Sampai di serang sakit gastric tau, walaupun dah berubat tapi bekas sisa baki tu masih ada yer," tulisnya.

Dalam pada itu, Almy turut memaklumkan suaminya sudah berubat namun masih ada saki baki gangguan dan bukan mudah untuk pulih. Ujarnya lagi, suaminya kini tidak lagi cerita seperti dahulu.

Klik untuk gambar besar



"Sekarang dah pulih tapi masih suami kami dilanda sakit termenung, moody, sakit, susah senyum dan tak ceria macam dulu... disebabkan cerita ni la.

"Realitinya aku sekarang tengah tekanan dan jadi sedih, sebab suami aku yang dulunya ceria, happy ja, tapi sekarang sakit tau... tekanan... nak pulihkan sakit dia bukan senang," tulisnya.

Terdahulu, Almy memaklumkan suaminya dimasukkan ke hospital selepas tidak makan dan minum selama dua minggu sehingga mengalami penyakit gastrik yang agak teruk.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: