14 September 2021

AYASH AFFAN SUDAH BALIK RUMAH!



"Alhamdulillah. Keterujaan abang dan kakak melihat adik mereka. Semenjak dari hospital, Uwais, Talita & Matin hari-hari tanya pasal Ayash. Mereka nampak happy sangat bila dapat tengok Ayash depan mata. Sebelum sampai, tiga beradik ni duduk depan pintu rumah tunggu daddy bawak balik Ayash.

"Terima kasih kepada semua yang mendoakan Ayash, terima kasih kepada smua yang mendoakan daddy, Uwais, Talita & Matin serta terima kasih kepada semua yang rindukan arwah Sarah. Sepatutnya esok hari lahir arwah yang ke-37 tapi aturan Allah tak siapa yang tahu.

"Kini, hanya Ayash yang hadir di rumah ini sebagai pengganti arwah. Terus doakan kesejahteraan arwah di sana, Al-Fatihah," demikianlah tulis pelawak Shuib Sepahtu apabila anak bongsunya iaitu Ayash Affan yang lebih sebulan dipantau di hospital akhirnya dibenarkan pulang ke rumah pada Selasa.

Kata Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, jika arwah Siti Sarah masih ada ia tentunya menjadi hadiah istimewa sempena ulang tahun kelahiran Allahyarham yang ke-37 pada Rabu.

Klik untuk gambar besar



Selain berita gembira tentang kepulangan Ayash, pelawak berusia 37 tahun itu sebelum ini berkongsi foto bahagian tangan bayi berusia satu bulan lapan hari itu.

"Syukur Ya Allah, Besok Birthday Ibu (15/9) Allah hadiahkan kepulangan AYASH AFFAN hari ini, InsyaAllah kejap lagi dah boleh balik dah... Allahuakbar... Tangan, Jari sebijik tangan Ibu... Terima kasih semua mendoakan kesejahteraan Anak soleh ini... Terima kasih semua... SYUKUR YA ALLAH diatas RAHMAT MU #AYASHAFFAN #ShuibSarah #1Bulan8HariHosp #BabyPremature," luahnya.

Menerusi perkongsian itu juga, rata-rata netizen dan rakan selebriti meluahkan rasa syukur serta teruja. Selain Ayash, Allahyarham meninggalkan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6.


















         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: