14 September 2021

LANA NODIN SELAMAT TIBA DI USA: "NI SEMUA CABEL ALLAH SWT..."



Menerusi perkongsian di laman Instagram, pelakon Lana Nodin telah memaklumkan dia bersama suami dan anak-anaknya telah pun selamat tiba di Amerika Syarikat (AS). Namun yang lebih menarik perhatian adalah tindakan Lana memuat naik video perjalanannya ke negara Uncle Sam itu sebagai respon kepada mereka yang selalu memberikan kecaman dan dakwaan anti-vaksin terhadap dirinya.

Jelas Lana, ada sesetengah orang suka membuat spekulasi dan tidak bertanya tentang apa yang dilakukannya selama ini. Malah, Lana juga meminta orang ramai agar menilai sendiri apa yang sedang berlaku di negara Amerika Syarikat sehinggakan dia pernah dihalau dari negara Malaysia di atas kelantangannya menolak vaksin sebelum ini.

Tambah pelakon drama 'Aku Yang Kau Gelar Isteri' itu lagi, kepulangan mereka anak-beranak ke AS adalah melalui cara yang sah mengikut undang-undang Malaysia.

"Ni video khas aku buat utk yg selalu menghina dan masih mencaci dan suka buat spekulasi sendiri tanpa tanya saya, tanpa selidik tanpa mengkaji kenapa dan apa yg sy buat! Ada yg kata oh dia tak lepas airport apa lagi berjaya ke nak balik USA.. kat USA sane lagi teruk semua tak boleh, dine in ke, riadah ke masuk mall ke atau masjid ke..

Klik untuk gambar besar



"Ok selama ni aku diam sebab org kat portal ramai yg mengutuk, menghina bahkan ada yg lebih tau pasal USA dari negara yang selalu aku keluar masuk dan negara asal suami aku sendiri... ok ini video khas utk korang, jgn dm dm aku tanya itu ini, just tengok dan nilai sendiri! korang yg di fb dan portal2 yg sibuk mengata aku, sibuk suruh aku balik usa siap halau aku dari negara aku sendiri.. ok ni aku balik, aku buktikan apa yg korang yg cakap tu lebih tau dan teror pada aku!!!

"Bile aku gan @ritrud727 share info kami di labelkan berbagai nama, padahal kami bagitau apa yg benar yg banyak yg tak telus di beritahu sehingga ramai jadi doktor tik tok, jadi polis pencen, jadi wartawan yg lebih tau pasal negara luar. Skrg aku balik aku akan lihat sendiri siapa yg betul!!

"Dari aku apply MTP, buat DOKUMEN YG SAH mengikut UNDANG UNDANG MALAYSIA dan bertolak ke airport KLIA sampai ke USA, Alhamdullilah perjalanan aku sangat2 di permudahkan, tiada sebarang diskriminasi atau apa2 masalah! Tiada sebarang cable, ni semua cable ALLAH SWT dan bile ALLAH kata kun fa yakun, jadi lah ia... siapa kite nak pertikaikan rezeki, ajal dan apa2 pun dari DIA???

"Jadi jgn nak sesuka hati nak jadi polis pencen ke, wartawan ke atau doktor yg korang skrg dok buat di social media sedangkan korang tak tau mane yg sahih dan mane yg RUMORS! STOP FEAR MONGERING dan live around virus! Covid is real, its endemic but not pandemic!



"WAKE UP, LIVE YOUR LIFE TO FULLEST WHILE STILL HAVE CHANCE! Semoga Allah SWT melindungi kita! Stop discrimination and start respect others decisions!" tulis Lana panjang lebar dengan meletakkan tanda pagar #stopdiscrimination #covidendemic #wakeupmalaysian #mybodymychoice.

Dalam pada itu, Lana sempat mengucapkan terima kasih kepada mereka yang tetap setia menyokongnya ketika dia dihentam teruk oleh netizen serta menggesa agar masyarakat untuk tidak menakut-nakutkan orang lain dengan wabak COVID-19.

"Kepada sahabat2, followers dan rakan2 artis yg selalu bersama sy, beri kata semangat dan doa pada saya, anda tau anda siapa, terima kasih dan teruskan perjuangan korang, semoga Allah lindungi korang, negara dan rakyat malaysia," katanya lagi.

Terdahulu, nama Lana menjadi sebutan warga maya apabila dia memohon agar Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Noor Hisham untuk meletakkan jawatan serta menuduhnya sebagai seorang yang berpura-pura.









         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: