23 September 2021

BANYAK PUTAR BELIT HINGGA JATUHKAN MARUAH - IQBAL TERLALU KECEWA



Semua mengetahui mengenai kisah antara usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida dengan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli apabila hasrat mereka berdua ingin mndirikan rumah tangga bersama tidak kesampaian apabila mendapat tentangan hebat daripada anak-anak.

Iqbal dalam satu kenyataan berkata, dia tidak akan memaksa usahawan itu untuk berkahwin. Keputusan yang diambil ini bagi menjaga maruah dirinya yang seolah-olah dilihat sudah lama mengimpikan untuk mengahwini Vida.

Terbaru, Iqbal menerusi hantaran di Instagram mendedahkan cerita sebenar yang berlaku sekali gus menafikan dakwaan rancangan berkahwin ini adalah sekadar gimik.

Klik untuk gambar besar



Dalam hantaran itu, Iqbal turut menyertakan screenshot Whatsapp daripada anak lelaki Vida iaitu Kacak. Kacak meminta maaf kerana mengeluarkan kenyataan yang menyakiti hati Iqbal.

Dakwa Iqbal lagi, sebelum ini dia pernah ditawar rumah banglo dan kereta mewah supaya kembali bekerja untuk Vida. Dia berkata terpaksa menolak tawaran kerana sudah mempunyai perniagaan sendiri.



Iqbal turut menafikan dakwaan dia mahu mengikis harta usahawan kosmetik terkenal itu. Dakwanya, sehingga kini tiada barangan berharga diterimanya daripada Vida. Malah, Iqbal turut menafikan tuduhan nafkah RM1 juta hanya sekadar marketing untuk melariskan nama.

Dakwa Iqbal, selama ini Vida tidak pernah menjelaskan kepada anak-anak mengapa mereka ingin berkahwin. Sebaliknya, Vida membiarkan anak-anak memberontak sehingga timbul tanggapan Iqbal mahukan harta.

Kata Iqbal lagi, sekarang Cik B meletakkan syarat supaya dia membelikan kereta Mercedes bernilai RM1 juta jika benar ingin berkahwin. Iqbal bagaimanapun sudah terlalu kecewa dan mendakwa banyak perkara telah diputar belit sehingga menjatuhkan maruahnya.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: