"Selepas segala ugutan bunuh, caci maki dan macam-macam saya telah lalui, saya harap dia minta maaf secara terbuka kepada saya dan orang-orang lain yang dianiaya. Tak kisah lah kita pakai baju apa, manuasia memang tidak boleh lari dari kesilapan.
"Caprice doa yang dia dan kita semua sentiasa taubat... Allah sayang," itulah tulis penyanyi rap, Caprice pada sebuah entri yang dimuat naik di Insta Story miliknya.
Sejak kebelakangan ini, nama Caprice sering disebut ramai dek terpalit dengan beberapa kontroversi sejak ke Mesir tempoh hari. Terbaru, lelaki itu mengatakan bahawa dia akan meneruskan perjuangan untuk melawan golongan munafik dan pelaku seksual bagi menuntut keadilan buat mangsa.
Klik untuk gambar besar
Sentiasa meraih perhatian, entri terbaru Caprice berjaya menimbulkan persoalan dalam fikiran orang ramai. Katanya, dia berharap agar 'individu' itu segera bertaubat dan memohon maaf terhadap dirinya.
Bagaimanapun, dia tidak menyebut nama mana-mana pihak secara spesifik, namun melalui hantaran itu, dia turut menyertakan keratan artikel dirinya bersama pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew serta ayat 'Allah sayang'. Namun berdasarkan itu semua, ramai yang meneka status Caprice tersebut dituju kepada Ustaz Ebit Lew.
Dalam pada itu, dia meluahkan rasa terima kasih dan bersyukur kerana ramai yang memohon maaf kepadanya selepas tuduhan melulu sebelum ini.
________________________
No comments:
Post a Comment