23 September 2021

"HAIRAN KAMI CUMA KE HOSPITAL..." - ANAK 2 BULAN NAZRIEF POSITIF, TANGGUH BERKHATAN



Pelakon Nazrief Nazri dan isteri, Aziatul Aqma yang baru sahaja menimang cahaya mata sulung, telah diuji apabila menerima khabar duka mengenai anak mereka yang disahkan positif COVID-19. Terkejut menerima keputusan tersebut, Nazrief, 30, memberitahu dia sendiri tidak mengetahui punca bayi lelakinya yang baru berusia dua bulan itu dijangkiti wabak berkenaan.

Dalam pada itu, pelakon drama 'Bidadari Salju' ini memaklumkan anaknya yang digelar 'baby Noah' itu hanya mengalami simptom ringan dan berada dalam keadaan baik, manakala dia dan isteri pula disahkan negatif virus berkenaan.

"Memang kita orang tak pernah bawa Noah keluar pergi mana-mana, hanya dalam kawasan rumah sahaja... lebih-lebih lagi saya dengan isteri memang menjaga prosedur operasi standard (SOP). Baby pun tak pernah jumpa sesiapa kecuali staf hospital semasa buat check up (pemeriksaan) dan semasa berpantang dahulu sahaja.

"Saya bukan nak menuduh atau menyalahkan sesiapa... tetapi baby kami memang tak jumpa orang, hairan juga sebab kami hanya ke hospital sahaja," demikianlah kata Nazrief yang berasa hairan bagaimana puteranya itu dijangkiti.

Sementara itu, Nazrief menasihati ibu bapa supaya peka dengan keadaan sekeliling terutamanya ketika berada di kawasan berisiko tinggi. Malah, dia menyarankan agar ibu bapa menguruskan sendiri bayi mereka semasa mendapatkan pemeriksaan di hospital atau klinik.

Klik untuk gambar besar



"Nasihat saya kalau bawa baby pergi check up jangan bagi orang lain atau jururawat sesuka hati sentuh. Kalau nak timbang berat anak ke baik awak pegang sendiri.

"Sebab kita pun tak tahu jika mereka ada pegang orang lain sebelum itu... lebih baik kita sendiri uruskan baby. Lagi satu jangan semudah itu bagi sesiapa pegang bayi kita," jelasnya lagi.

Menurut Aqma, pada awalnya, dia dan suami hadir ke hospital untuk menjalankan proses berkhatan untuk anaknya namun, prosedur tersebut terpaksa ditangguhkan akibat jangkitan wabak berkenaan. Bagaimanapun, Aqma yang juga merupakan usahawan memaklumkan dia dan suami negatif wabak tersebut.

"Suppose to do circumcision today for Noah buat sadly my Noah disahkan positif Covid-19. Qema dan husband negative. Noah kuat sangat. Buat PCR semalam tak menangis langsung sampai doktor pun pelik and noah takde simptom just berkahak sikit je. And still my Noah tak meragam or menangis. Mommy je yang menangis bila dapat tahu," tulisnya.


Dalam pada itu, Aqma turut menegur beberapa individu yang didakwa tidak menitik beratkan mengenai soal prosedur operasi standard yang telah ditetapkan.

"Doakan Noah cepat sihat ye Aunty. Lepas tu nak pesan, nurse kalau jalankan tugas, please follow SOP. Saya faham nurse geram dengan Noah tapi situation sekarang bukan masa untuk geram dan gomol baby sesuka hati.

"Tak cukup dalam bilik, dekat counter nak bayar bills pun nurse datang pegang-pegang Noah. Nasib mommy cepat-cepat buat muka 'bitchy' time tu. Rasa nak ikat nurse dekat pokok ada kerengga je sekarang ni," luahnya lagi yang turut memohon jasa baik semua untuk sama-sama mendoakan agar anaknya itu lekas sembuh.

Untuk makluman, Nazrief, 29, dan Aziatul Aqma berkahwin pada 15 November 2019 di The Seavoy House, Titiwangsa, Kuala Lumpur. Pasangan ini menimang cahaya mata sulung mereka pada 19 Julai lalu di sebuah pusat perubatan di Putrajaya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: