29 September 2021

BARANGAN TAK LAKU GARA-GARA KONTROVERSI - CAPRICE RUGI HAMPIR SEJUTA



"Ini adalah stok yang tidak boleh jual langsung sejak kita viral. Atas sebab tertentu ia sangat susah untuk dijual dan semua stok ni tak gerak langsung.

"Tahun lepas kita takkan nampak stok-stok macam ni dekat ofis sebab memang laku keras dan selalu licin. Tapi sejak viral semua ni tak boleh jual gais," ujar penyanyi rap Caprice, yang mengakui mengalami kerugian hampir sejuta ringgit gara-gara kontroversi dan fitnah.

Untuk info, dia rugi kira-kira RM958, 400 untuk 16,000 kotak produk yang tidak terjual. "Itu bermakna kita tengah rugi sekarang dan ia adalah berita buruk buat Caprice," tambahnya dipetik sebagai berkata menerusi perkongsian di aplikasi telegram.

Selain alami kerugian, tiga orang pekerjanya juga meninggalkan syarikatnya iaitu Rindu Raudah.

Klik untuk gambar besar



"Dan waktu kita hilang tiga bulan, tiga pekerja Caprice hilang juga. Saya cuma nak beritahu kepada semua sesuatu tentang kehidupan.

"Apabila semua tengah best semua tengah senang memang kita enjoy. Dan apabila kita tengah susah ada sesetengah orang yang akan cabut atau hilang dari hidup kita. Itulah kehidupan.

"Tapi bagi saya kalau boleh cara terbaik apabila hendak memulakan perniagaan ialah susah senang kita kena sama-sama.


"Bukan time senang je kita enjoy tapi time susah pun kita enjoy dan kerja lagi keras," tulisnya.

Sementara itu, luahan Caprice itu menarik perhatian pengguna laman sosial apabila ada yang mengkritik penyanyi itu.

"Lain kali nak berniaga.. berniaga je.. tak payah buat kontroversi apa bagai.... jangan salah orang lain.. tengok diri sendiri dulu," komen salah seorang daripada mereka.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: