29 September 2021

BILA NAMRON KONGSI GAMBAR SEPARUH BOGEL, SAHUT CABARAN '1 JUTA FOLLOWERS'



Menerusi perkongsian di laman Instagram, pelakon Namron telah memuat naik gambarnya separuh bogel dan difahamkan tindakannya itu secara sarkastik menyahut cabaran sebuah produksi yang mengenakan syarat untuk mengambil pelakon yang mempunyai jumlah pengikut sekurangnya 1 juta di media sosial.

Melihat pada entri tersebut, Namron turut meninggalkan kapsyen sindiran mengatakan dia akan menyiarkan foto bogel sepenuhnya jika misinya itu tercapai sebelum tahun 2022.

"Kami boleh tayang dada bugil dan tidak dikatakan lucah, berbanding wanita. Menyahut cabaran tv station dan sesetengah penerbit yang mahukan sekurang kurang 1 juta pengikut di medsos. Road to 1 million followers. *foto bugil penuh akan disiarkan sekiranya sasaran tercapai sebelum 2022," tulisnya.

Klik untuk gambar besar



Perkongsian Nam Ron itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis yang terhibur dengan perkongsiannya itu. Setakat ini, Namron mempunyai 108,000 pengikut di Instagram, manakala di Twitter mempunyai 51,000 pengikut.

Terdahulu, penerbit terkenal Hj Zil mendedahkan sebuah syarikat televisyen telah mengenakan syarat untuk produksinya mengambil pelakon yang mempunyai 1 juta pengikut di Instagram.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: