29 September 2021

KEWARGANEGARAAN MALAYSIA - LOCA B TERKILAN ANAK MASIH BELUM PEROLEH



"Benda ni dah tertangguh dua tahun kerana PKP dan apabila lepas berusia 7 tahun nanti hampir mustahil untuk dia mendapatkan kerakyatan. Yusuf akan berusia 6 tahun pada tahun hadapan dan saya risau dengan masa depan dia di negara ini. Saya cuma mahu dia bersama dengan saya, ia tidak sepatutnya sesukar ini untuk anak saya tinggal dengan saya di negara ini.

"Tak kisah dengan siapa saya berkahwin atau dengan siapa saya bersama. Kalau lelaki boleh direct kenapa wanita tidak boleh? Kita tinggal di negara yang kerajaannya mendiskriminasi wanita. Kerajaan okey untuk menerima rayuan, untuk menidakkan hak saya sebagai wanita di negara saya.

"Apa yang dia boleh buat kalau dia ada dua kewarganegaraan pun sekarang sebab dia ada hak untuk memilih apabila sudah dewasa kelak," demikian luah penyanyi rap Loca B yang rasa terkilan apabila usaha untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia buat anaknya hasil perkahwinan terdahulu, Yusuf tidak berhasil.

Klik untuk gambar besar



Berkongsi luahan tersebut menerusi laman Instagram, Loca atau nama sebenarnya Nabila Hani Azali berkata, dia sudah berkali-kali turun naik mahkamah namun usahanya gagal. Dalam pada itu, Loca merasakan didiskriminasi apatah lagi sukar untuk mendapatkan hak kerakyatan anaknya. Ujarnya lagi, anaknya sepatutnya mendapat kerakyatan sebaik sahaja dilahirkan.

Melihat pada perkongsian itu, Loca turut memaklumkan visa Yusuf akan luput susulan pejabat imigresen yang tidak dibenarkan sebarang temujanji susulan pandemik. Ujarnya, Loca perlu mendapatkan surat hak penjagaan anak di mahkamah bagi membolehkan pembaharuan visa, namun tarikh perbicaraan di mahakamah telah dipindahkan dari Jun ke bukan Disember.

Difahamkan, Yusuf Alexender kini berusia 5 tahun dan merupakan anak hasil daripada perkahwinan terdahulu Loca B bersama bekas suaminya yang bukan merupakan warganegara Malaysia.









         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: