29 September 2021

"ITU SEMUA AGAK MENYAKITKAN HATI' - JAWAB CAPRICE BILA DIEJEK ACAH-ACAH SPEAKING, PELAT



"Dengar sini, apabila berjuang untuk mendapatkan keadilan, seseorang itu perlu jatuh. Tetapi, sebagai seorang Muslim, kita ada tanggungjawab, apabila dia jatuh (sudah didedahkan), kita kena ubatkan dia ke jalan Allaha. Insya-Allah.

"Saya dah lima tahun bagi ceramah, masuk TV, buat konten, tapi baru-baru ini satu Malaysia kecam cakap saya acah-acah 'speaking', pelat. Itu semua agak menyakitkan hati," kata penyanyi rap Caprice.

Baru-baru ini, Caprice yang ada memuat naik video didakwa mengajuk aksi lucah dilakukan oleh lelaki didakwa mirip pendakwah terkenal.

Menerusi soal jawab di Insta story, Caprice ditaya netizen 'Adakah seronok menjatuhkan dia?'. Tampil menjawab pertanyaan itu, Caprice memberitahu dia hanya mahu mendapatkan keadilan.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, dalam satu pertanyaan lain, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli mengakui sakit hati apabila diejek 'acah acah' bercakap dalam bahasa Inggeris.

Tuturnya lagi, dia sudah penat hidup berasa tidak selamat hingga terpaksa mengupah bodyguard (pengawal) apabila berada di luar rumah selepas isu Gaza, Palestin meletus lebih dua bulan lalu.

"Saya cuma nak hidup saya kembali. Saya nak masuk KLCC tanpa bawa bodyguard. Saya tahu bukan satu perkara yang mudah. Benda ini luar biasa. Kalau kalian tanya saya sekarang, saya marah. Yang kata saya acah acah 'speaking', itu fitnah. Yang kata saya upah orang untuk buat semua kerja ini, fitnah,” katanya.

Terdahulu, hangat mengenai kemelut Caprice dengan pendakwah itu ketika semasa sama-sama menjayakan misi kemanusiaan Gaza, Palestin.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: