29 September 2021

"DAH KENA BARU TAHU" - ABANG ARWAH SITI SARAH MOHON MAAF PADA FRONTLINERS



Abang kepada Allahyarham Siti Sarah iaitu Ahmad Firdous yang kini dalam proses sembuh selepas sebulan bertarung nyawa akibat Covid-19 itu mengakui menyesal terpengaruh dengan dahyah antivaksin. Firdous berkata dia berharap orang ramai menjadikan kejadian yang berlaku pada keluarganya satu pengajaran.

Ujarnya, dahulu dia menganggap Covid-19 perkara biasa. Firdous berkata dia akan mengambil vaksin selepas paru-parunya sembuh sepenuhnya seperti yang disarankan oleh doktor.

"Yang mana orang kata saya antivaksin, tak apa la, itu pengalaman dan pengajaran untuk saya. Saya terima kecaman itu semua. Saya berterus-terang, walaupun sebelum ini saya antara pengikut antivaksin tapi apabila dah terkena jangkitan baru saya tahu perit untuk melawan Covid-19.

"InsyaAllah bila dah sihat, saya akan ambil vaksin sebab bila kena Covid walaupun level 1 atau dua, korang boleh jangkit pada orang lain. Kalau esok boleh, esok juga saya mahu pergi cucuk vaksin, tapi doktor sarankan dalam keadaan paru-paru yang belum pulih sepenuhnya, saya perlu tundakan dahulu. InsyaAllah lepas sembuh nanti saya nak ambil vaksin. Lagi pun kalau tak vaksin, susah juga nak pergi beli barang-barang," katanya dalam sesi live di Facebook.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Firdous mengucapkan terima kasih kepada frontliners yang bertungkus lumus menyelamatkan nyawanya serta memohon maaf kepada mereka di atas perkongsian antivaksin dimuat naik olehnya sebelum ini.

"Pada mereka yang saya pernah tulis pembunuh la, apa la... saya mohon maaf banyak-banyak pada doktor, dan berterima kasih. Mereka bertungkus lumus menyelamatkan nyawa saya ni. Frontliners yang menjaga di ICU saya katil di depan, bayangkan bagaimana mereka bekerja.

"Yang kita ni pula kata nurse tu nak bunuh kita. Ada nurse tunggu depan kita, apa-apa jadi... kau kencing, kau berak, dialah yang mengelap, pakai diapers. Wad ICU mana ada tandas. Macam mana kita nak hina dia lagi? Tula, apabila dah kena baru tahu. Baru rasa teruklah kita ni menyebar benda tak benar. Tak baik... padahal dia yang tolong kita," ujarnya.

Dalam pada itu, Ahmad Firdous berkata, perkongsian yang dibuat itu bukanlah untuk memaksa mana-mana pihak mendapatkan vaksin namun mengingatkan orang ramai agar lebih peka dan bertanggungjawab kepada orang sekeliling.



"Saya tidak mewakili mana-mana pihak, cuma saya ingin berkongsi pengalaman sendiri sahaja. Mana yang tak nak ambil vaksin terpulang kepada anda, tapi saya mahu ingatkan jika dijangkiti, anda akan menjangkiti orang lain yang kita tidak tahu sejauh mana kekuatan antibodi mereka mahu melawan Covid-19.

"Yang sudah ada dua dos pun jangan riak dan bangga sebab kita boleh jadi pembawa dan menjangkiti orang lain juga. Pengalaman yang sangat mengerikan telah berlaku kepada saya, jadi saya cuba bagi iktibar kepada org lain, agar tidak merasa apa yang saya lalui sebelum ini," katanya.

Pada Ogos lalu, Firdous dimasukkan ke Hospital Serdang, Selangor dan ditidurkan sehari selepas paras oksigennya menurun. Akibat virus Covid-19, Firdous dirawat di hospital lebih sebulan dan memaklumkan jangkitan tersebut menyebabkan paru-parunya rosak teruk.

Sebelum itu, adiknya, Allahyarham Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada 12 Ogos disebabkan komplikasi berpunca Covid-19 selepas tiga hari ditidurkan.


         _______________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: