15 September 2021

'BELANJA' PUNGGUNG - NORA DANISH TERIMA KECAMAN



Menerusi perkongsian terbaru di laman Instagram, pelakon Nora Danish telah memuat naik gambarnya dari belakang memaparkan bahagian punggungnya. Dalam foto tersebut, Nora dilihat memakai seluar jeans ketat sehingga menampakkan bentuk punggungnya.

Seperti sudah dijangka, perkongsian Nora ini telah menjadi perhatian ramai sehingga menimbulkan rasa kurang senang. Rata-rata netizen menegur tindakan Nora berkongsikan gambar tersebut yang dilihat kurang manis apatah lagi pelakon itu merupakan seorang isteri dan juga ibu.

Sementara itu, ada segelintir netizen menitipkan pesanan supaya lebih menjaga aurat apatah lagi umur semakin meningkat. Dalam pada itu, ramai yang memuji Nora yang tetap cantik dan langsing meskipun sudah bergelar ibu kepada dua cahaya mata.

Klik untuk gambar besar





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: