19 September 2021

BERSALIN PENGHUJUNG SEPTEMBER INI - AYDA JEBAT AKUI HANYA NAIK 8KG



"Few more days to go! From 46kg to 54kg now. How about you mommies?" itulah tulis penyanyi dan pelakon Ayda Jebat yang memaklumkan dia kini menunggu beberapa hari lagi untuk melahirkan cahaya mata pertamanya.

Kata Ayda, sepanjang sembilan bulan hamil, berat badannya hanya naik 8 kilogram (kg). Isteri kepada pengacara Nabil Mahir itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri berkenaan, Ayda memuat naik fotonya bersama 'baby bump' yang kelihatan sarat. Difahamkan, Ayda dijadualkan melahirkan secara pembedahan pada penghujung September ini.

Melihat pada ruangan komen pula, rata-rata pengikutnya berkongsi perubahan berat yang mereka turut alami ketika hamil. Tidak kurang juga, ramai yang mengucapkan tahniah dan tak sabar menanti kelahiran puteri sulung pasangan ini.

Untuk makluman, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu.

Klik untuk gambar besar





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: