19 September 2021

SUAMI DEDAH SUDAH 3 MINGGU NADYA SYAHERA DISERANG PENYAKIT MISTERI



"Doakan isteri saya semoga sihat kembali seperti sedia kala. Sudah hampir tiga minggu dia tak berapa sihat. Minggu ini paling teruk... diserang penyakit misteri. Allahuakbar.

"Doakan supaya dia kuat, dapat makan dan minum seperti biasa," kongsi suami kepada pelakon Nadya Syahera, Fizul Nawi yang memaklumkan isterinya sudah tiga minggu diserang penyakit misteri.

Fizul dalam masa sama turut meminta semua mendoakan isterinya agar kembali sihat seperti sedia kala. Fizul berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) Story miliknya.

Selain itu, Fizul memberitahu isterinya disahkan oleh hospital tidak mengalami sebarang penyakit namun berada dalam keadaan lemah dan dimasukkan air.

Klik untuk gambar besar



"Minggu lepas dah pergi hospital... masuk air lima hari perubahan makin okay sebab dah masuk air. Sakit tiada. Selepas dia dah sedar semalam, badan dia sangat-sangat lemah sebab tak makan. Kami bawa ke hospital masuk air," ceritanya lagi.

Sementara itu, dalam kemas kini terbaharu di IG, Fizul memaklumkan isterinya sudah semakin pulih: "Semoga Allah memberi kesembuhan kepada isteri saya. Alhamdulillah dia dah kenal diri dia sebenar syukur," katanya.

Untuk makluman, Nadya dan Fizul berkahwin pada 25 September 2015 dan ini adalah perkahwinan kedua buat Fizul selepas gagal mempertahankan rumah tangga pertamanya.

Hasil perkongsian hidup selama empat tahun, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aleena Rose, 4, dan Mohamad Dayyan, 3.








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: