20 September 2021

CEROBOH RUMAH - BEKAS KEKASIH GELAP BUAT LAPORAN POLIS



"Pelawak tersebut didakwa masuk ke rumah wanita itu yang tidak berkunci selepas pembantu rumahnya keluar lalu menyelongkar barang-barang rumah seperti mencari sesuatu.

"Tindakan itu menyebabkan wanita terbabit berasa tidak selesa dan terancam lalu menghalau pelawak itu keluar dari rumahnya.

"Wanita itu mendakwa pelawak tersebut bertindak demikian kerana mengesyakinya membawa balik lelaki lain di rumah berkenaan," demikian dakwaan satu sumber mengenai kes pencerobohan rumah seorang wanita bekas kekasih gelap.

Berikutan itu, wanita berkenaan telah membuat laporan polis kerana merasa dirinya tidak selamat dan terancam.

Klik untuk gambar besar



Laporan itu disahkan diterima semalam oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid. Bagaimanapun, dakwanya kedua-dua mereka tidak mahu memanjangkan kes tersebut dan memilih jalan untuk berdamai, demikian lapor Kosmo.

Untuk info, lelakinya yang juga pelawak popular itu didakwa menceroboh kediaman wanita itu di sebuah kondominium di Petaling Jaya, Selangor, kelmarin. Kejadian didakwa berlaku sekitar pukul 7.30 malam ketika dia berada di rumah seorang diri di mana pelawak berkenaan masuk kerumahnya yang tidak berkunci.

Selanjutnya telah berlaku pertengkaran antara kedua mereka sehingga ditegur oleh jiran yang terdengar bunyi bising sebelum pelawak itu beredar.

Dia juga ada memuat naik gambar pelawak tersebut di IG Storynya sambil meluahkan rasa rimas kerana mendakwa masih diganggu oleh bekas kekasih gelapnya itu yang disangka sudah berubah sikap menjadi lebih baik.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: