27 September 2021

"BERSUMPAH GUNA NAMA ALLAH..." - PU SYED TEGUR CAPRICE BERSUMPAH GUNA NAMA IBU BAPA



Susulan kenyataan Caprice yang dilakukan olehnya baru-baru ini berkenaan dengan bersumpah, pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed menerusi muat naik di laman Instagram telah tampil menegur dan memperbetulkan penyanyi rap itu. PU Syed memaklumkan kenyataan sumpah yang sebetulnya hendaklah dilakukan dengan menggunakan nama Allah SWT.

Dalam pada masa yang sama, PU Syed juga memberi nasihat serta berpendapat bahawa yang sepatutnya bersumpah adalah orang yang didakwa dan bukannya Caprice yang patut bersumpah.

"Buat saudara Aris bin Ramli aka Caprise, khas dan semua amnya, Sumpah hendaklah hanya dilakukan dengan menggunakan nama Allah SWT atau salah satu sifat-Nya. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar R.Anhuma, Nabi SAW bersabda:

"Sesiapa yang ingin bersumpah, maka hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah, atau lebih baik diam."

"Riwayat Imam al-Bukhari (3836) dan Imam Muslim (1646)

Klik untuk gambar besar



"Nasihat ambe, yg prlu bersumpah itu adalah beliau,bkn caprice. Namun setakat ini belum nmpk dia nk bersumpah. Sdgkn di dlm hadis ada menyatakan (bukti bg yg mndakwa dn bersumpah bg yg didakwa). Wallahualam," tulis PU Syed.

Terdahulu, Caprice telah melakukan pendedahan demi pendedahan melibatkan kelakuan tidak baik seorang pendakwah bebas terkenal dan disebabkan itu beliau bersumpah atas nama ibu dan bapanya bahawa dia mengenali perangai pendakwah tersebut.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: