27 September 2021

BILA IQBAL 'DIPUJUK' VIDA DENGAN KERETA BENTLEY RM3 JUTA



"Setelah tarik diri, semalam pihak Dato Seri Vida tawarkan saya kereta idaman saya, Bentley yang bernilai RM3 juta. Nilai ini tidak bioleh dibeli hati dan kejujuran saya yang telah dikhianati. Jika ada janda beri hadiah basikal pun saya sanggup berkahwin andai keikhlasan dan ketelusan menyayangi saya.

"Bagi saya, anda kekasih saya seorang pelacur, atau seorang yang miskin sekalipun, tidak terlalu rupawan, saya boleh terima. Tetapi jangan kurang satu perkara, iaitu ketelusan. Saya tidak terlalu baik namun saya tidak pernah mempergunakan wanita," itulah tulis bekas pembantu peribadi jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida, Ahmad Iqbal.

Meskipun Iqbal sudah menarik diri daripada perkahwinan tersebut, namun kisah percintaan antara dia dan Vida masih tiada kesudahan. Ini kerena terbaru, menerusi satu perkongsian di Insta Story, Iqbal berkata selepas dia menarik diri, Vida menawarkan kereta mewah Bentley bernilai RM3 juta.

Bagaimanapun, Iqbal berkata nilai tersebut tidak dapat membeli hati dan kejujurannya yang telah dikhianati. Ujarnya, jika ada janda hadiahkan basikal dia sanggup menerima dan berkahwin dengan wanita tersebut asalkan ikhlas menyayangi dirinya. Sementara itu, dalam satu entri lain, Iqbal berkata dia sanggup menerima jika kekasihnya seorang pelacur atau seorang yang miskin asalkan ikhlas.

Klik untuk gambar besar



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: