30 September 2021

BINTANG 'SQUID GAME' NO 218 KINI BERGELAR BAPA



"Park Hae-soo baru saja menyambut kelahiran anak pertama. Ibu dan bayi lelaki dalam keadaan sihat," kata BH Entertainment mengenai artis naugannya, pelakon drama siri popular, 'Squid Game' iaitu Park Hae-soo yang kini bergelar bapa selepas isterinya selamat melahirkan anak lelaki kelmarin.

Pelakon berusia 39 tahun itu berkahwin dengan wanita bukan dalam kalangan selebriti pada 2008. Mereka berkahwin selepas hampir empat tahun menjalin hubungan cinta. Difahamkan, isteri Hae-soo itu muda enam tahun daripadanya.

Hae-soo memulakan kerjaya lakonan menerusi pementasan teater muzikal Mister Lobby pada 2007. Dia kemudian mula mengintai peluang membintangi drama pada 2012 menerusi drama 'God of War' dan lain-lain antaranya 'Six Flying Dragons' pada 2015 dan 'Legend of the Blue Sea' (2016).

Nama Hae-soo mula meraih populariti mendadak selepas membintangi 'Prison Playbook' pada 2017 dan kini dikenali ramai menerusi 'Squid Game' yang bakal menjadi antara drama siri Netflix terlaris di dunia. Menerusi 'Squid Game', Hae-soo membawa watak sebagai Cho Sang-woo yang memegang nombor 218.

Klik untuk gambar besar




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: