29 September 2021

IZREEN KONGSI NAMA ANAK KETIGA, 'ALI IDREES'



"Hai untie2 uncle2 semua.. nama saya "ALI IDREES BIN MUHAMMAD RADZI" panggil Baby ALI aje okay.. 21/9/21 9.06am 2.87kg (selama ni yg besar tu mama.. ALI kecik aje.

"3 pahlawan mama.. Adrian Umar.. Aaron Ibrahim.. Ali Idrees..," tulis pelakon Izreen Azminda yang berkongsikan nama anak ketiganya, 'Ali Idrees Muhammad Radzi' menerusi laman Instagram miliknya, selepas seminggu dilahirkan.

Izreen bagaimanapun masih belum mendedahkan wajah anak kedua yang dilahirkan pada 21 September lalu di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Klik untuk gambar besar



Ini adalah anak kedua Izreen bersama suaminya yang juga pemuzik bebas, Ude Wahid selepas dikurniakan cahaya mata pertama Aaron Ibrahim kini berusia dua tahun.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Izreen mempunyai seorang cahaya mata Muhammad Adrian Umar kini berusia tujuh tahun. Ude juga memiliki dua cahaya mata lelaki iaitu Arish Muqri, 7, dan Ariq Muqri, 4, hasil perkahwinan terdahulu bersama Intan Saleh.












         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: