18 September 2021

BUKAN NIKAH BULAN DEPAN TAPI ESOK - INI RESPON YUSUF BAHRIN



"Mashaa Allah terima kasih atas doa awak tu. Tapi saya minta maaf sagat-sangat sebab saya betul-betul tengah sibuk urus hal family sekarang ini. Insyaa Allah once dah selesai saya get back baik dengan awak ya," itulah jawab pelakon Yusuf Bahrin menerusi balasan kiraman WhatsApp berhubung pernikahannya dengan penyanyi Zizi Kirana.

Khabar baik mengenai berita rancangan pernikahan mereka yang heboh diperkatakan hari ini masih dalam teka-teki. Yusuf ketika dihubungi bagaimanapun mengambil waktu beberapa jam sebelum menjawab persoalan yang dilontarkan kepadanya.

Tanpa mengiyakan atau menidakkan khabar tersebut, dengan sangat sopan, pelakon yang membintangi drama 'Perempuan Tanpa Dosa' itu meminta maaf kerana tidak dapat menjawab rencana pernikahannya dengan Zizi atau nama sebenar Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 36, yang dilaporkan akan berlangsung dalam masa terdekat.

Sebaliknya lelaki berusia 29 tahun itu mengucapkan terima kasih di atas doa (ucap tahniah atas pernikahan bersama Zizi Kirana jika benar) dan berjanji untuk kembali menghubungi media kelak.

Klik untuk gambar besar



Terkini, menurut sumber, pasangan terbabit yang mula mengenali pada sesi rakaman program All Together Now Malaysia dua bulan lalu itu dilaporkan tidak menunggu masa lama untuk mengikat janji dan meneruskan hubungan cinta yang dibina.

Sumber berkata, majlis pernikahan Yusuf dan Zizi dijangka akan berlangsung esok di sebuah masjid di ibu kota: "Mereka dikatakan bakal melangsungkan pernikahan esok. Namun, maklumat lebih lanjut saya tidak dapat kongsikan," katanya.

Terdahulu, portal media melaporkan Yusuf dan Zizi merancang untuk mendirikan rumah tangga bulan depan. Mereka dikatakan sudah menghantar dokumen ke pejabat agama untuk urusan pernikahan. Malah, Yusuf juga dikatakan sudah menyusun jadual penggambarannya supaya tidak bertembung dengan majlis dirancang.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: