08 September 2021

DIJANGKITI COVID-19 - ARI LASSO BERSYUKUR SEKALI DAPAT TAHU ADA TUMOR



Penyanyi Indonesia, Ari Lasso, 48, rasa syukur apabila dijangkiti Covid-19 baru-baru ini. Ini kerana katanya, dia mungkin tidak tahu dia memiliki tumor di bahagian limfanya.

Ari yang juga bekas penyanyi utama Dewa 19 berkata, selepas sembuh daripada virus itu, dia mendapat kesedaran untuk mula menjaga kesihatan dan bersenam. Disebabkan kerap melakukan senaman fizikal, tumor dalam badannya itu menghasilkan keradangan sebelum akhirnya dapat dikesan.

"Kalau saya tidak dijangkiti Covid-19, saya tidak mungkin akan mula bersenam seperti joging dengan lebih kerap. Keradangan itu mengakibatkan akhirnya saya berdepan kesakitan pada 4 Ogos lalu. Kalau saya tidak bersenam, sampai bila-bila pun tidak mungkin dapat kesan kewujudan tumor itu," katanya.

Ari berkata, dia tidak tahu bagaimana tumor itu boleh ada dalam badannya. Ini kerana dia sangat menjaga pemakanan dan kerap membuat pemeriksaan kesihatan selama ini.

"Tumor boleh menyerang tanpa diduga. Sentiasalah periksa kesihatan dan bersenam selalu. Pantau juga bahagian anggota badan yang diserang dengan kesakitan luar biasa," ujarnya yang berkongsi mengenai panduan mengesan penyakit tersembunyi.

Ari sudah menjalani pembedahan membuang tumor itu pada 20 Ogos lalu. Keadaan terbarunya dilaporkan semakin beransur baik, namun masih jalani rawatan susulan lain.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: