09 September 2021

GELAGAT REMY ISHAK 'TOLONG' ISTERI BUAT IKLAN KASUT BUAT RAMAI PEMINAT 'CAIR'



Nampaknya sehingga kini masih lagi 'demam' Remy Ishak meskipun sudah mendirikan rumah tangga. Mana tidaknya, hampir setiap hari ada sahaja nama pelakon pujaan ramai ini menjadi bahan bualan netizen dalam media sosial.

Terbaharu, Remy sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila muncul dalam video siaran langsung isterinya, Ezza Yusof bagi mempromosikan rekaan kasut jenamanya sendiri.

Paling mencuri perhatian ialah gelagat Remy memakai serta menari-nari sambil menggayakan kasut jualan si isteri tersayang. Aksi lucu tersebut mencetuskan deraian tawa Ezza yang tidak menyangka suaminya tergamak memakai kasut tersebut.

"Terima kasih, semoga awak dimurahkan rezeki suamiku," kata Ezza kepada Remy.

Klik untuk gambar besar



Aksi mesra Remy yang 'membantu' isterinya membuat iklan kasut telah membuatkan ramai peminat 'cair' melihat gelagat kedua figura terkenal ini.

Menjengah ke ruangan komen, peminat turut terhibur melihatkan aksi mereka berdua. Ezza juga dipuji kerana tutur katanya yang sangat sopan dengan suami.

Alahai manis bersemut pasangan suami isteri itu. Amacam korang? Sweet tak?


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: