09 September 2021

VIDA DIKHABARKAN BAKAL KAHWIN LAGI - INI RESPON CIK B



"Pura-pura terkejut dan tak tahu," tulis pelakon dan penyanyi, Cik B secara ringkas di Twitter dan memuat naik tangkap layar laporan berita mengenai ibunya, Datuk Seri Vida yang dikhabarkan akan berkahwin pada Disember ini.

Dalam ciapannya itu, Cik B menulis ringkas kononnya dia pura-pura terkejut mengenainya. Ciapan tersebut telah menarik perhatian netizen yang memberikan pelbagai reaksi memandangkan dalam laporan berita itu tertulis bahawa Vida belum berani untuk memberitahu Cik B mengenai perkahwinannya.

Sementara itu, cubaan media mendapatkan kepastian dan kenyataan daripada Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamileen Mohd Amin tidak berjaya.

Sebelum ini, ada laporan mengenai Vida ingin mencari jodoh yang setaraf dengannya. Difahamkan, Vida bakal mendirikan rumah tangga dengan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli.

Klik untuk gambar besar




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: