09 September 2021

ELLY MAZLEIN TERHARU SUAMI BERKORBAN TIDUR BAWAH: "NAK MAMA & MANJA SELESA"



Menerusi perkongsian di laman Instagram, penyanyi dan pelakon Elly Mazlein telah meluahkan rasa syukur dikurniakan seorang suami dan anak yang baik.

Elly yang kini menunggu hari untuk bersalin itu turut terharu melihat sikap suami dan anak yang begitu mengambil berat tentang dirinya.

"Ok mata macam ada keluar air sikit sebabnya ada dua benda. Yang pertama, manja siapkan tempat tidur papa. Beria dia kemas... ikut cara dia lah. Memang nampak Manja ni jenis sangat caring, sayang sangat dekat Papa dia.. Alhamdulillah.

"Yang kedua, suami berkorban tidur dekat bawah sebab nak bagi mama & manja selesa tidur. Makin perut membesar ni, mama suka tempat yang luas. Terima kasih suami di atas pengorbananmu.. Mama Sayang Papa..

Klik untuk gambar besar



"Syukur mama punya suami yang baik macam papa. Macam-macam Papa buat untuk Abah, Mama & Manja.. Terima kasih sayang," coret Elly Mazlein atau lebih mesra disapa Kak Lina Pom Pom.

Elly yang kini sedang hamil sekitar enam ke tujuh bulan itu mendirikan rumah tangga dengan Azlan yang merupakan seorang guru pada 19 Januari 2020.

Sebelum imi, Elly Mazlein pernah berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Putri Sara Sefhia Azmi sebelum bergelar ibu tunggal selama tiga tahun.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: