10 September 2021

SUAMI EINA AZMAN DIBENAR PULANG SELEPAS 12 HARI MENDEBARKAN DI HOSPITAL



"Assalamualaikum syukur Alhamdullilah selepas 12 hari yang cukup mendebarkan buat diri saya dan keluarga bila memikirkan keadaan suami saya yang kena C19 tahap 4 dan paru-paru pun dah merebak hampir 50%.

"Dengan oksigen yang turun naik dan doktor pun ada cakap kalau dalam masa 2-3 hari oksigen tak ok suami kena masuk icu. Kalau boleh tak nak suami saya dimasukkan ke icu," demikian keluh Datin Paduka Eina Azman yang berkongsi keadaan suaminya iaitu Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah, yang awalnya memerlukan bantuan pernafasan berikutan kadar oksigennya yang semakin menurun.

"Ya Allah saya tak tahu nak cakap macam mana perasaan ketika itu. Hanya Allah saja yang tahu perasaan saya yang tak senang duduk. Memikirkan apa patut saya buat dan saya dah cuba ikhtiar macam-macam cara untuk cuba sembuhkan suami saya," tambahnya.

Klik untuk gambar besar



Terkini, suaminya telah dibenarkan pulang ke rumah dan Eina amat berterima kasih kepada mereka yang banyak membantu dan tidak putus-putus mengirim doa buat mereka sekeluarga. "Saya hanya mampu ucapkan terima kasih sekali lagi atas segala doa-doa yang baik untuk diri saya suami, dan bibik-bibik.

"Dan sekarang ini suami saya pulang ke rumah mungkin juga dari doa-doa u all yang Allah makbulkan. Syukur Alhamdullilah amin amin amin," ujarnya dipetik sebagai berkata melalui IGnya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: