10 September 2021

PERKAHWINAN TAK RESTUI ANAK? - VIDA SEBAK, MOHON DOA CIK B DILEMBUTKAN HATI



"Cik B perlukan masa, you guys boleh tolong tak, minta tolong doa. Doa saya ni ibu memang lah In Shaa Allah makbul tapi nak makbul cepat supaya lembut hati Cik B dalam semua urusan," demikian kata jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida menerusi IG Live semalam yang memohon doa agar anak perempuannya, Cik B dilembutkan hati untuk menerima segala keputusan.

Menerusi IG Live itu, Vida dilihat mengalirkan air mata dan sebak apabila bercakap mengenai Cik B yang sentiasa mahukan yang terbaik buat anaknya itu.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut meminta agar diberi masa kepada Cik B. Kata netizen lagi, Cik B sentiasa menyokong ibunya namun bimbang jika dikecewakan lagi.

Klik untuk gambar besar



Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai kisah cinta jutawan kosmetik Datuk Seri Vida dengan pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal dan bakal bernikah pada Disember ini.

Terdahulu, Vida berkata dia belum mempunyai keberanian untuk berbincang mengenai hal perkahwinannya dengan anak-anak terutamanya dengan Cik B.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: