10 September 2021

MASIH DI MALAYSIA, TAK DAPAT HADIR KONVO - ZAINOL BANGGA DENGAN ANAK KEDUA



"Allahuakbar! Al'hamdullilah! Ratu saya yg nombor 2 Nur Zulaikha Macwilson telahpun tamat pengajiannya di Curtin University, Perth Western Australia dlm bidang "Health Science" dan hari ini adalah hari konvonya, saya tak dpt hadir kerana saya masih kat M’sia.

"Apa-apa pun, saya tetap bersyukur pd Allah di atas kejayaan anak saya! Syabas Laikha. Lots of luv from me," tulis pelakon Zainol Macwilson yang menzahirkan rasa syukur apabila anak keduanya, Siti Zullaikha Macwilson telah pun tamat pengajian yang diduduki.

Meski tidak dapat hadir ke majlis graduasi kerana masih berada di Malaysia atas faktor semasa, Zainol bagaimanapun turut berbangga atas pencapaian puterinya itu.

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang turut menitipkan ucapan tahniah buat Zulaikha. Sementara itu, Zahirah turut mengucapkan ucapan sama atas kejayaan yang diraih adik tersayang menerusi beberapa perkongsian di Insta Stories.

Klik untuk gambar besar







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: