16 September 2021

HAMIL SELEPAS 3 KALI KEGUGURAN - SAM MOHON DOAKAN KANDUNGAN SYATILLA



Menerusi muat naik di laman Instagram, pelakon Shaheizy Sam telah berkongsi berita gembira apabila isterinya, pelakon Syatilla Melvin kini sedang berbadan dua, selepas tiga kali mengalami keguguran.

Sam atau nama sebenar Shaheizy Sam Abdul Samad, 39, memberitahu isterinya hamil tiga minggu anak ketiga dan dijangka bersalin pada Mei tahun depan.
"Produk terbaharu akan datang! Setelah RND (research and development) lebih tiga minggu. Dijangka bakal dilancarkan pada bulan Mei tahun depan," tulis Sam yang memuat naik foto bersama isteri memegang kit ujian kehamilan.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, Syatilla, 30, pula berkata kehamilan ini merupakan salah satu rezeki paling berharga yang diberikan oleh Allah SWT kepada mereka.

"Kali keenam (hamil)! Syukur Alhamdulillah... baru rancang nak pakai IUD (Intrauterine Device, alat mencegah kehamilan) tahu tak? Rezeki Allah nak bagi.

"Hari-hari minta Allah murahkan rezeki, murah sungguh-sungguh Allah bagi. Doakan kandungan bertahan sampai cukup sembilan bulan," ujarnya.



Sekitar April lalu, Syatilla mendedahkan dia mengalami keguguran kali ketiga ketika kandungan berusia lapan minggu. Kata Syatilla, dia mengetahui perkara tersebut ketika membuat pemeriksaan degupan jantung di sebuah klinik.

Pelakon drama 'Sha & Shah' ini juga mendedahkan dia pernah dua kali mengalami keguguran sebelum melahirkan anak pertama dan kedua.

Untuk makluman, Sam mendirikan rumah tangga dengan Syatilla atau nama sebenar Siti Nur Syatilla Amirol Melvin pada 8 Februari 2016. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 4, dan Sarima Samheizy yang kini berusia setahun.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: