17 September 2021

ZARA ZYA DIPUJI BERI MAKAN ANJING DI JALANAN



"Semoga pintu-pintu segala kebaikan terbuka luas untuk kita hari ini.. Aaminn. @zaraprihatin," tulis pelakon Zara Zya berhubung video usaha murninya memberi makan kepada anjing jalanan baru-baru ini yang dimuat naik di laman Instagram miliknya sehingga mendapat pujian ramai.

Menurut Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, dia tidak menyangka usaha kecilnya menarik perhatian masyarakat sehingga turut mendorong mereka berniat untuk melakukan hal yang serupa.

"Selagi makhluk itu bernyawa dan lapar, saya akan bantu. Saya memang suka menghulurkan bantuan kepada semua yang memerlukan dan umum tahu saya ada pertubuhan sendiri iaitu Malaysia Prihatin.

Klik untuk gambar besar



"Semua golongan tidak kira kaum, bangsa mahupun jenis makhluk saya akan bantu. Selagi makhluk itu bernyawa, ada perut dan berasa lapar, Insya-Allah saya hulur bantuan," katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai video dia memberi makanan kepada beberapa ekor anjing di kawasan kejiranannya, pelakon berusia 36 tahun itu bersyukur kerana usaha murni tersebut mendapat reaksi positif.



"Sangat terharu dengan pujian ramai. Dalam ruangan komen ramai yang puji malah ada yang ingin melakukan perkara serupa.Semoga apa yang saya lakukan ini menjadi asbab kebaikan untuk lebih ramai orang melakukan perkara baik terhadap semua orang. Jangan pinggirkan haiwan sebab mereka juga makhluk Tuhan," ujar pelakon drama 'Seadanya Aku' itu.

Antara komen yang ditinggalkan netizen termasuklah: "Comel saja. Saya pun sama bagi makan kepada anjing. Sekarang ada yang diberi nama Kuntum".

Terdahulu, berbekalkan modal simpanannya sendiri. Zara mengambil inisiatif menubuhkan sebuah laman web, www.malaysiaprihatin.com pada tahun bertujuan menyediakan platform sah dan telus untuk mana-mana pihak yang memerlukan dan berminat untuk menyalurkan sumbangan.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: