16 September 2021

BILA SNOOP DOGG BERI REAKSI TENTANG SIRI 16 BARIS MALAYSIA



"You send the rugs, I send the chains, Fair exchange!!" Amazing Zoom call with the legendary D-O-DOUBLE- G @snoopdogg. Thank you for the words of encouragement and looking forward to creating more history. Let's get it! #DefJamSEA," itulah tulis penyanyi rap, Joe Flizzow menerusi muat naik di laman Instagram miliknya baru-baru ini.

Melihat perkongsian Joe Flizzow, ternyata dia ada berkongsi gambar bersama-sama Snoop Dogg dalam sesi panggilan Zoom. Difahamkan, pertemuan mereka itu berlaku pada pagi tadi.

Bagi mereka yang meminati muzik rap dan hip-hop, pastinya mengenali rapper terkenal dunia Snoop Dogg. Nama itu tidak asing lagi dalam dunia muzik rap selepas menghasilkan banyak karya terhebat sejak dahulu lagi.

Klik untuk gambar besar



Penyanyi rap tempatan juga tidak kurang hebatnya dan kita dapat melihat banyak pemuzik undergroud melalui rancangan 16 Baris yang diketuai Joe Flizzow.

Bagaimanapun, siapa sangka rancangan 16 Baris yang boleh ditonton di YouTube ini turut mendapat pujian Snoop Dogg. Dia berkongsi sedang menonton 16 Baris di Instagram Story miliknya dan memuji usaha mengetengahkan rapper underground.

Snoop Dogg turut meletakkan link YouTube untuk mengajak pengikutnya menonton siri 16 Baris yang menampilkan penyanyi Bunga, Noki dan Wo Shi Jay. Ini pastinya menggembirakan pemuzik tempatan selepas berjaya menarik perhatian rapper antarabangsa. Ramai tonton semula siri 16 Baris 2 tahun lalu kerana Snoop Dogg.



Sementara itu, penyanyi rap Noki K-Clique rasa terkejut dan masih tidak percaya apabila video nyanyiannya dua tahun lalu mendapat perhatian Snoop Dogg.

Ahli kumpulan rap K-Clique itu mengakui terharu dengan pujian yang diberikan dan tidak menyangka bintang antarabangsa itu mengambil tahu tentang industri muzik Malaysia.

"Saya baru tahu pagi Rabu, tahu pun daripada instastory orang lain. Tak sangka Snopp Dogg tengok 16 Baris. Benda ni sangat la mengejutkan... unxepected! Saya rasa beruntung sebab kebetulan dia screenshot part saya tengah berdiri dan muat naik di Instagram," katanya.



Video persembahan nyanyian rap daripada Bunga, Noki dan Who Si Jay yang dimuat naik di saluran 16 Baris pada tahun 2018 menarik perhatian Snoop Dogg.

Video yang meraih 3.2 juta tontonan itu juga mendapat pujian daripada penyanyi lagu Ain't No Fun berkenaan di laman sosialnya: "Dope show with unsinged international rappers, (persembahan terbaik daripada bukan artis antarabangsa)," tulisnya pada kapsyen.

Dalam pada itu, Noki atau nama sebenarnya Ahmad Ikhawan Aji, 27, berkata, pujian itu sedikit sebanyak menyuntik semangatnya dalam menghasilkan karya yang lebih baik.

"Penyanyi rap luar pun sudah mula nampak perkembangan hip hop di Malaysia, so it's a good thing. Bila terima pujian ia sedikit sebanyak memberi semangat kepada saya untuk menghasilkan karya yang terbaik dan terus mencipta nama di dalam dan luar negara suatu hari nanti," ujarnya.








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: