28 September 2021

JAGA ADIK SAKIT KANSER - KINI MUNIRAWATI BERSEDIA KEMBALI BERLAKON



"Saya bersyukur kerana banyak perubahan positif pada dirinya, selepas hampir setahun saya berehat daripada aktif dalam bidang lakonan kerana perlu menjaga adik dan ibu yang juga kurang sihat.

"Mungkin selepas ini saya boleh beri tumpuan sepenuhnya dalam kerjaya untuk mencari sumber rezeki bagi menampung keluarga," kata Pelakon drama 'Masih Ada Rindu', Munirawati Kadar @ Kadir, 35.

Ini kerana, sebelum ini dia banyak menghabiskan masanya menjaga adiknya, Norusuriani, 25, yang menghidap kanser ovari tahap tiga di rumah mereka di Bandar Baru Cheneh, Chukai, Kemaman.

Terkini, dia bersyukur kerana kanser ovari yang dihidapi adiknya itu beransur pulih selepas menerima rawatan sejak tahun lalu. Difahamkan, barah tahap tiga itu kini dalam proses pemulihan selepas menjalani beberapa sesi kimoterapi.

Klik untuk gambar besar



"Saya bersyukur mempunyai kakak dan ibu yang banyak membantu dan memberikan sokongan serta semangat untuk saya pulih.

"Saya mahu segera pulih supaya dapat berbakti kepada mereka yang selama ini banyak berkorban tanpa jemu memastikan saya sihat dan pulih dari penyakit ini," kata NoruSuriani yang menjalani pembedahan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Pahang pada Disember 2020 lalu.

Untuk info, sebelum ini Munirawati yang juga merupakan anak sulung daripada dua beradik terpaksa menolak banyak tawaran berlakon semata-mata kerana ingin menjaga adiknya itu. Pengorbanannya itu akhirnya membuahkan hasil apabila adiknya kini beransur pulih.

"Saya kini mahu kembali aktif berlakon seperti dulu," tulisnya pada myartis melalui email.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: