07 September 2021

JANNA NICK 'PEJAM MATA' BACA KOMEN NETIZEN BERHUBUNG BAJU 'TERSELAK'



"Kalau orang kata seksi saya terima, memang itu seksi la. Kalau ada yang kata itu biasa pun saya terima. Apabila kita sendiri memilih untuk upload gambar yang mengundang kecaman saya kena terima la, saya tahu memang akan ada kecaman. Saya bukan jenis kalau upload akan delete balik jika kena kecam. Tapi apabila ada artis lain yang pakai tube dan seluar pendek tak ada pun orang datang bash.


"Mungkin orang terbiasa dengan imej saya sebelum ni yang agak boyish, jadi mereka terkejut tengok apabila saya kenakan pakaian yang agak seksi. Jadi apa yang saya boleh katakan di sini, just doakan saya untuk jadi yang terbaik. Macam Zizi Kirana dulu imej seksi sekarang Alhamdulillah dah bertudung.

"Kita tidak tahu pengakhiran hidup seseorang," ujar pelakon Janna Nick yang tidak melenting apabila menerima kecaman teruk selepas berkongsi foto memakai pakaian yang terselak hingga menampakkan bahagian dada, sebaliknya menerima komen-komen netizen dengan hati terbuka.

Klik untuk gambar besar



Tidak berniat menegakkan benang yang basah, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Munir, 26, berkata, netizen mungkin terkejut dengan imej berkenaan berikutan sudah biasa melihat dia berpenampilan 'boyish'. Bagaimanapun Janna berkata, dia tidak akan memadam foto berkenaan daripada laman sosial Instagram miliknya.

Sementara itu, pelakon drama 'Misteri Mona' ini meminta orang ramai untuk mendoakan agar dia berubah menjadi insan yang lebih baik. Tambahnya, sebagai manusia dia juga menginginkan satu pengakhiran hidup yang baik.



Pada 31 Ogos lalu, Janna memuat naik foto dia memakai blouse hingga mendedahkan sedikit bahagian dada di Instagram sempena Hari Kebangsaan 2021.

"Kemerdekaan bagi saya adalah apabila makan, berat badan saya tak akan naik. Gurau! Semoga kita semua 'merdeka' daripada virus Covid-19 ni ok. Jadi kita bebas ke mana-mana," tulisnya mengiringi posting berkenaan.

Foto berkenaan menerima lebih 167,000 tanda suka dan 3,400 komen yang rata-ratanya mengecam dan meminta dia memadam gambar berkenaan.

"Delete please seksa aku melihatnya. - "Maaf nak bagitahu sebelum post tu edit dulu gambar tu, cover dengan emoji ke, bukan apa banyak mata yang memerhati. - "Bawaklah bertaubat dunia dah nak kiamat, jangan banyak main sangat. Taubat sebelum terlambat!" antara komen netizen.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: