14 September 2021

KESIHATAN IBU MENTUA KINI TENAT - IFA RAZIAH MOHON DOA



Akibat kerosakan buah pinggang, kesihatan ibu mentua pelakon, penyanyi, dan pengacara sensasi, Ifa Raziah iaitu Khizan Zain, 71, kini dirawat di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor.

Ifa menerusi laman Instagram miliknya telah memohon semua pihak agar mendoakan kesihatan ibu mentuanya. Ifa yang dihubungi berkata, ibu mentuanya dikejarkan ke hospital semalam apabila keadaannya semakin tenat.

"Mak sebelum ini ada kencing manis yang teruk, darah tinggi dan pernah dua kali nazak ketika di rawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Malah saya dah bawa segala kelengkapan seperti kain kapan sebagai persediaan, namun syukur pada Allah umurnya masih panjang.

"Dia ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HKL selama berbulan-bulan. Namun, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 lalu, pihak hospital meminta kami membawa emak balik dan meneruskan rawatan di rumah," katanya.

Klik untuk gambar besar



Menurut Ifa, difahamkan HKL tidak boleh lagi merawat pesakit seperti ibu mentuanya kerana kes Covid-19 yang tinggi. Selain itu, keluarga pesakit juga tidak boleh melawat kerana prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan semasa pandemik.

"Bila bawa ibu mentua balik ke rumah, kami upah doktor datang merawatnya setiap hari, selain mengambil seorang jururawat peribadi untuk menjaga segala keperluannya.

"Empat bulan juga emak dirawat di rumah dan semalam, keadaannya agak teruk. Kami pun dah tak berdaya dan akhirnya minta tolong kawan-kawan sekiranya tahu hospital yang boleh terima pesakit.

"Ini kerana, kami difahamkan semua hospital di sekitar Lembah Kelang memang penuh dan kekosongan pula hanya ada di pusat perubatan di Shah Alam," jelasnya.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: