14 September 2021

2 TAHUN TAK JUMPA - ROSYAM NOR GEMBIRA TONTON MAJLIS KONVO ANAK SECARA 'ONLINE'



"Alhamdullilah. Papa Mama dan seluruh keluarga ucapkan tahniah diatas penerimaan Ijazah setelah 4 Tahun berada di #curtinuniversity Perth Australia. Walaupun tak dapat bersama. Hanya menonton di alam maya tapi gembira dapat menyaksikan sebentar tadi.

"Dah 2 tahun tak berjumpa. Miss You and Love You @_nurlisa," tulis pelakon Datuk Rosyam Nor yang meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian anak perempuannya, Nurlisa yang baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam peringkat ijazah di Curtin Universiti, Perth, Australia.

Menurut Rosyam, meskipun dia sekeluarga hanya dapat melihat majlis graduasi anaknya itu daripada jauh, namun, ia sudah cukup untuk membuatkan hatinya berasa sangat gembira. Dikesempatan itu juga, pelakon filem 'KL Gangster 2' ini turut menitipkan ucapan tahniah diatas pencapaian membanggakan anaknya itu.

Rasa gembira itu dikongsikan oleh bapa kepada lima orang anak itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram. Dalam pada itu, Rosyam turut memaklumkan dia sekeluarga sebenarnya sudah dua tahun tidak bertemu dengan anaknya memandangkan dunia ketika ini sedang berpedang dengan pandemik Covid-19.

Klik untuk gambar besar



Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut menitipkan ucapan selamat maju jaya buat anak perempuan Rosyam.

"Tahniah Datuk sekeluarga. - "Alhamdulillah, tahniah buat Datuk sekeluarga dan anaknya, Nurlisa. - "Alhamdulillah, tahniah dan syukur buat Datuk Rosyam sekeluarga atas kejayaan anakanda.

"Salam tahniah kerana berjaya membuat papa dan mama gembira dengan kejayaanmu. - "Alhamdulillah, tahniah Datuk. Semoga dipermudahkan dunia akhirat. Ameen," antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.











         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: