17 September 2021

MAS IDAYU: "MUMMY MASIH ORANG YANG SAMA... DOAKAN BAIK-BAIK"



"Buat masa ini tak ada apa yang saya mahu kongsikan mengenai penampilan ini. Cuma apa yang boleh saya kata, mummy masih orang yang sama... masih lagi Mas Idayu yang orang kenal sejak dulu.

"Apa-apa pun doakan yang baik-baik untuk saya! Saya ada baca komen-komen di laman sosial... kalau itu kata mereka Alhamdulillah," ujarnya," itulah kata penyanyi Mas Idayu berhubung dirinya yang kini dilihat bertudung sejak awal September lalu sehingga menarik perhatian ramai peminat dan netizen di laman sosial.

Biarpun tidak memberi sebarang penjelasan mengenai penampilan terbarunya itu, rata-rata meluahkan rasa teruja dan memuji kecantikan penyanyi itu. Mas Idayu atau nama sebenar Masidayu Mesnun, 49, berkata meskipun dia sudah tampil berhijab, namun dirinya masih individu yang sama.

Dalam pada itu, penyanyi lagu 'Senggol Senggolan Cubit Cubitan' ini meminta peminat dan orang ramai mendoakan yang terbaik untuknya. Malah, dia berterima kasih kepada peminat yang memuji penampilannya itu yang dikatakan semakin cantik, lembut, ayu dan awet muda.

Klik untuk gambar besar




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: