17 September 2021

BEKAS PENGASUH AAFIYAH, DAYAH ZUBIT KINI HAMIL ANAK SULUNG



"Ya Allah, peliharalah anakku selama dia berada dalam rahimku, sihatkanlah dia. Lindungilah dia & jauhkanlah dia daripda sebarang perkara yg tidak diingini. Sesungguhnya engkaulah yg maha menyembuhkan. Tiada penyembuhan selain penawarMu.

"Ya Allah, jadikanlah anak dalam kandunganku ini anak yg soleh solehah, sihat sempurna akal fikiran, cerdik, beriman, berakal & beramal soleh.

"Fasihkan lidahnya untuk membaca AlQuran & hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW & segala puji bagiMu Ya Allah," tulis bekas pengasuh anak penyanyi terkenal, Datuk Sri Siti Nurhaliza iaitu Dayah Zubit pada ruangan komen bersama hashtag #RHjuniorcomingsoon#doakanyangbaikbaik.

Dalam perkongsian tersebut, Dayah memaklumkan berita gembira apabila dia kini sedang hamil anak pertama. Perkara tersebut dikongsikan Dayah menerusi IG TV di Instagram yang mana video tersebut antara lain memaparkan momen reaksi si suami yang menyentuh hati sejurus mengetahui akan kehamilannya.

Klik untuk gambar besar



Mengakui sama menyimpan video tersebut sebagai suatu yang istimewa, Dayah turut menitipkan doa, moga-moga anak yang dikandung berada dalam keadaan baik.

Serentak dengan perkongsian tersebut, ramai yang turut sama gembira termasuk Siti yang menitipkan ucapan tahniah. Sehingga kini, video berkenaan sudah pun menerima hampir 200,000 kali tontonan.

Dayah sebelum ini menjadi perhatian peminat bintang berkenaan kerana dia antara individu kepercayaan dalam mengasuh anak sulung Siti dan suaminya, Datuk Khalid seawal kelahiran Aafiyah.

Bagaimanapun, selepas mendirikan rumah tangga, Dayah tidak lagi menjadi pengasuh kerana tinggal bersama dengan suaminya, Mohammad Ridzuan Razali di Terengganu yang merupakan pemain sayap pasukan bola sepak Terengganu FC II.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: