17 September 2021

AL-FATIHAH - DATUK BELLA & DIDI ASTILLAH KEMBALI KE RAHMATULLAH



Takziah diucapkan kepada penyanyi dan pelakon Bella Astillah dan adiknya, Didi Astillah atas pemergian datuk mereka yang telah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat.

Bagaimanapun, Bella yang berada di Sabah atas urusan kerja terkilan kerana tidak dapat berjumpa dengan datuknya yang dipanggil sebagai Lolo itu ketika menghembuskan nafasnya yang terakhir.

"Lolo / Atuk Bella telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi di hari yang mulia pada hari Jumaat. Datang sabah atas urusan kerja, tapi nda sangka lolo pergi buat selama-lamanya. Walaupun kami dekat, tapi tidak boleh jumpa sebab keadaan kita sekarang ni," katanya.

Isteri kepadan penyanyi dan pelakonn Aliff Aziz itu memaklumkan perkara tersebut mnerusi akaun Instagram miliknya: "Atuk sedang di forensik (kalau jenazah positif covid kami tidak boleh ambil, kalau negatif baru boleh) Allahuakhbar.

Klik untuk gambar besar



"Sampai bila macam ni?! Sepatutnya kami mau mengasi kawan selama ditahan tp tidak benarkan. Adakah SYSTEM akan berterusan srperti ini sampai bila-bila?????????????????????? HANYA BOLEH TENGOK SAAT2 akhir BELIAU MELALUI VIDEO CALL tak dapat peluk, tak dapat cium. Allahuakhbar," ujarnya.

Namun Bella sekurang-kurangnya sedikit lega kerana sempat meluangkan masa bersama datuknya ketika membawanya bercuti di Genting Hightland waktu dia berkunjung ke Kuala Lumpur.

"Tapi sebelum pandemik, Bella dgn Aliff dapat bawa dia ke KL, bawa bercuti pergi Genting mashaAllah :’( kami rindu betul. Allah s.w.t lebih menyayangi mu. Semoga lolo ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman," tulis Bella lagi.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: